Komponen BN Sokong Penuh Pimpinan Najib

Kuala Lumpur – Presiden parti-parti komponen BN hari ini bersepakat menyatakan sokongan sepenuhnya kepada kepimpinan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak.

 

Jurucakapnya, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang juga Presiden MCA berkata, keputusan dipersetujui dalam mesyuarat khas ketua-ketua parti komponen BN di menara Parlimen, hari ini.

 

“Semua presiden komponen menyuarakan sokongan tidak berbelah-bahagi kepada perdana menteri yang juga presiden BN untuk mengetuai BN meneruskan program transformasi negara.

 

“Kami yakin dalam tahun yang mencabar ini, kami berdiri teguh di belakang perdana menteri dan menyokong keupayaan beliau,” katanya pada sidang media tergempar di bangunan Parlimen, di sini, hari ini.

 

Hadir sama pada mesyuarat itu ialah Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Tan Sri Adenan Satem dan Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong.

 

Ketika ditanya mengenai sidang Dun Kelantan yang meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015), Tiong Lai berkata perdana menteri akan mengeluarkan satu kenyataan mengenainya, esok.

 

“Esok mungkin akan keluar satu kenyataan rasmi tentang hudud selepas berbincang dengan Datuk Seri Najib,” katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.