‘Jangan Jadikan Agama Punca Perpecahan’

Kuala Lumpur – Umno menyokong pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) oleh kerajaan Kelantan bukan kerana kepentingan politik sebaliknya kerana kesedaran.

 

Datuk Nur Jazlan Mohamed (BN-Pulai) bagaimanapun berkata, pelaksanaan hukum hudud tidak sesuai dilakukan dalam masa terdekat

 

“Fokus kepada pembangunan Islam dan jangan menghukum orang Islam seperti yang berlaku pada hari ini,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

 

Beliau berkata demikian mengulas sidang Dun Kelantan yang menerima sokongan penuh daripada semua Adun termasuk 12 dari BN dalam melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau hukum hudud.

 

Keputusan itu sekali gus menjadikan 37 pindaan daripada 71 fasal dengan empat pindaan utama itu terpakai.

 

Mengulas lanjut, Nur Jazlan yang juga pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang (PAC) berkata, soal agama boleh menjadi unsur perpecahan sama ada kepada BN ataupun PR.

 

“BN dan PR juga nampak berpecah dan ugut- mengugut. Perkara sensitif jangan dijadikan perkara utama dalam menentukan hala tuju negara kita. Kita kena bertolak ansur.

 

“Kita kena kembali kepada hasrat Bapa Kemerdekaan kita yang telah nampak isu agama telah menjadi sumber perpecahan di antara kaum dalam negara ini,” katanya lagi. SH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.