Ikan Keli Bertaburan Atas Jalan Raya

Guizhou (China) – Lebih kurang 6,800 kilogram ikan keli bertaburan di atas jalan raya di Zon Pembangunan Kaili di wilayah ini selepas pintu lori yang membawa muatan ikan tersebut tiba-tiba terbuka di tengah jalan.

 

Menurut laporan NetEase, anggota bomba bergegas ke tempat kejadian untuk membantu memasukkan semula ikan-ikan tersebut ke dalam lori terbabit.

 

Orang ramai yang berada di sekitar jalan raya turut membantu pihak bomba menangkap ribuan ikan keli tersebut.

 

Setelah dua jam, kesemua ikan tersebut dimasukkan kembali ke dalam lori.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.