Harga Pengangkutan Naik: SPAD Tak Bincang Dengan Putrajaya Kata Timbalan Menteri

Kuala Lumpur – Suruhanjaya Pengangklutan Awam Darat (SPAD) digesa supaya mengkaji semula kenaikan harga tambang pengangkutan awam memandangkan kenaikan sebanyak 20% hingga 67% itu adalah tinggi, kata Datuk Aziz Kaprawi.

 

Timbalan menteri pengangkutan itu berkata, SPAD sepatutnya mengadakan perbincangan bersama dengan Kementerian Pengangkutan, dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi mendapat satu keputusan yang terbaik.

 

“Kenaikan harga tambang yang diumumkan oleh SPAD, perlu mendapat pandangan dari semua pihak, bagi memastikan ia tidak membebankan pengguna.

 

“Saya memandang serius perkara ini, dan berharap ia dikaji semula memandangkan kenaikan sebanyak 20% hingga 67% itu adalah tinggi,” katanya hari ini.

 

Aziz berkata, SPAD tidak seharusnya membebankan rakyat yang menggunakan pengangkutan awam dalam urusan harian mereka.

 

Katanya, ini akan meningkatkan kos perbelanjaan rakyat jika keputusan ini diteruskan.

 

Walaupun memahami masalah yang dihadapi pengangkutan awam dan pemilik teksi, katanya kerajaan perlu mengkaji dan menyemak semula kenaikan tersebut.

 

“Perlu ada garis panduan dalam menentukan paras tambang yang berpatutan agar mampu dibayar oleh semua golongan masyarakat.”

 

Berikut adalah kenyataan penuh beliau berhubung perkara ini:

 

Kenyataan Media Datuk Aziz Kaprawi
Ahli Majlis Tertinggi Umno

 

Kenaikan harga tambang yang diumumkan oleh SPAD, perlu mendapat pandangan dari semua pihak, bagi memastikan ia tidak membebankan pengguna.

 

Saya memandang serius perkara ini, dan berharap ia dikaji semula memandangkan kenaikan sebanyak 20 hingga 67 peratus itu adalah tinggi.

 

SPAD seharusnya mengadakan perbincangan bersama dengan Kementerian Pengangkutan, dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), bagi mendapat satu keputusan yang terbaik.

 

Kita tidak seharusnya membebankan rakyat terutama mereka yang menggunakan pengangkutan awam dalam urusan harian mereka, kerana jika ia diteruskan ini akan meningkatkan kos perbelanjaan mereka.

 

Namun saya faham dengan masalah yang dihadapi oleh syarikat pengangkutan awam dan pemilik teksi, bagaimanapun pihak kerajaan perlu untuk mengkaji dan menyemak semula kenaikan tambang tersebut.

 

Sebagai contoh perlu ada garis panduan dalam menentukan paras tambang yang berpatutan agar mampu dibayar oleh semua golongan masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.