Gambar Kemalangan Kereta Zizan Adalah Palsu

GAMBAR kemalangan sebuah kereta Ferrari F430 yang didakwa milik pelawak Zizan Razak adalah palsu.

 

Pembantu peribadi pelakon dan pelawak berkenaan, Izwan, berkata gambar dan artikel mengenai kemalangan itu adalah tidak benar kerana kereta Zizan hanya terbabas sedikit dan hanya kerosakan kecil yang berlaku.

 

“Gambar-gambar yang tersebar tentang Ferrari kuning itu bukan milik Zizan. Selepas kecoh cerita kemalangan itu, banyak berita dan gambar palsu yang dikeluarkan,” katanya dalam satu laporan oleh mStar Online.

 

Sebelum ini kereta Ferrari yang dipandu Zizan Razak mengalami kerosakan kecil selepas melanggar pembahagi jalan ketika dalam perjalanan ke lokasi penggambaran drama di Putrajaya, pada petang Selasa lapor portal itu.

 

Dalam laporan sama, Zizan dikatakan tidak mengalami sebarang kecederaan dan pihaknya masih belum membuat laporan polis berhubung insiden itu.

 

Zizan juga pada Rabu telah memuat naik gambar di Instagramnya yang menyatakan dia berada dalam keadaan baik. – Astro Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.