DAP Mahu PR Baharu Diwujudkan Tanpa Pas?

IPOH – DAP Perak mencadangkan satu Kongres Nasional Khas DAP diadakan untuk mengkaji kedudukan Pas dalam perikatan pembangkang.

 

Pengerusinya, Nga Kor Ming berkata, langkah itu juga termasuk kemungkinan pembentukan PR baharu yang berpegang kepada sistem demokrasi berparlimen.

 

Cadangan itu disuarakan berikutan pembentangan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1993 oleh kerajaan Pas di Kelantan.

 

Bagaimanapun beliau enggan menjawab ketika ditanya adakah pembentukan PR baharu itu nanti tanpa keanggotaan Pas.

 

“Itu bergantung kepada keputusan dibuat dalam kongres itu nanti sekiranya ia diadakan,” katanya pada sidang media, sebentar tadi.

 

Beliau turut mengumumkan  Dapsy Perak selari dengan pendirian Dapsy Pusat untuk membekukan segala bentuk kerjasama dengan Pemuda Pas di negeri ini. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.