Alyah Anggap Usia Dua Tahun Pernikahan Sebagai Tempoh Pembelajaran

Kuala Lumpur – Tanggal 18 Mac merupakan tarikh istimewa buat penyanyi, Alyah dan suaminya, Datuk Ramli MS, kerana ia merupakan tarikh pernikahan mereka.

 

Semalam, genap usia dua tahun mahligai mereka terbina dan bagi Alyah, ia adalah tempoh baginya untuk belajar selok-belok rumah tangga.

 

Menerusi laman Instagramnya, Alyah meluahkan rasa syukur, kerana dalam usia perkahwinannya itu, dia dapat belajar erti hidup, pengorbanan, mempertahankan rumah tangga dan menjadi lebih dewasa.

 

“Alhamdulillah, selamat ulang tahun kedua buat saya. Saya masih isteri dia, semuanya masih sama dan tiada apa-apa yang berubah.

 

“Ramai yang buat andaian sendiri, apabila saya tidak memakai cincin kahwin. Sebenarnya, saya memang tidak pakai cincin itu sejak dulu lagi, kerana saya seorang yang cuai dan pelupa.

 

“Bahaya untuk orang macam saya pakai cincin, tetapi ini tidak bermakna, perkahwinan saya dan suami ada masalah, kami memang okay dan saling belajar melayari kehidupan suami isteri,” katanya.

 

Sebelum ini, industri hiburan penah digemparkan dengan pengakuan Alyah mengenai suaminya yang merupakan komposer terkenal, sudah mendirikan rumah tangga bersama wanita lain.

 

Namun, sehari selepas itu, Alyah menarik balik kenyataannya itu, dengan memuat naik gambar dia dan suaminya yang sudah berbaik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.