BR1M Bujang RM450 Dikatakan Rasuah, BSH RM100 Itu Maqasid Syariah Ke? – Najib

KUALA LUMPUR ― Datuk Seri Najib Razak menempelak seorang menteri yang pernah menganggap bantuan sebagai “rasuah” tetapi kerajaan turut memberi RM100 kepada orang bujang.

Mempertikai Datuk Seri Mujahid Yusof, bekas perdana menteri mempersoal bantuan yang diumum semalam juga “gimik” dan “rasuah” untuk menarik undi menjelang pilihan raya Semenyih.

“Saya masih ingat menteri jaga agama (dari) Pakatan Harapan (PH) pernah kata Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) hanyalah satu gimik dan rasuah untuk menarik undi?” coretnya di Facebook malam tadi.

“Gimik lagi, ke tidak? Takut nanti kakanda akan jawab BR1M [Menteri Kewangan Lim] Guan Eng ini tepati maqasid syariah.”

Berita Berkaitan;-

Selepas Najib Bangkitkan Di Semenyih, Hari Ini Kerajaan PH Umum Bantuan Bujang RM100

Semalam, Lim mengumumkan Bantuan Sara Hidup (BSH), bantuan seumpama BR1M, sebanyak RM100 untuk mereka yang belum berkahwin dan bekerja tetapi berpendapatan rendah.

Pemimpin PH pada awalnya sering menganggap BR1M satu bentuk “rasuah politik” kerajaan Barisan Nasional tetapi terpaksa berjanji meneruskannya menjelang pilihan raya umum lalu.

Awal bulan ini, seorang pemimpin PH mempertahan langkah kerajaan terus melaksanakan saman trafik Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dengan alasan ia menepati maqasid syariah.

Parti-parti PH, sebelum menguasai Putrajaya, membantah keras sistem saman tersebut yang diperkenalkan sejak 2007. Alasan maqasid itu mendapat kritikan meluas di internet. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.