‘Kamu Jelmaan Syaitan’ – Hakim

LIVERPOOL – Seorang bekas pelatih bola sepak remaja dijatuhi hukuman penjara 30 tahun selepas terbukti melakukan gangguan seksual kepada 12 mangsanya.

Pelatih Barry Bennell – kini 64 tahun – melakukan kejahatan tersebut semasa memegang jawatan jurulatih pasukan remaja kelab Inggeris Alexandra Crewe dan Manchester City antara 1979 dan 1991.

Di mahkamah Liverpool, Bennell juga dibuktikan secara seksual mengganggu 50 kanak-kanak lain.

Hakim mahkamah Clement Goldstone berkata perbuatan Bennell yang memujuk para pemain remaja tersebut sangat memalukan dan sangat jahat.

Bahkan, kepada Bennell di perbicaraan, Goldstone berkata, “Kamu itu tak ubah seperti jelmaan iblis.

“Kamu merampas masa kanak-kanak dan memanfaatkan kenaifan mereka untuk kepentingan diri sendiri.”-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.