Jika Logik Pakatan Diterima, Singapura Akan Muflis – Eric See

Tulisan asal oleh:
Eric See-To, Facebook Eric See-To, 19 Februari 2018

Pakatan suka menakut-nakutkan rakyat Malaysia dengan saiz hutang Malaysia.

Ini adalah keseluruhan hutang kerajaan Singapura sejak tahun 1990. Hutangnya hanyalah S$47.4 bilion pada tahun 1990.

Dari tahun 2009, hutang kerajaan mereka meningkat daripada S$250 bilion kepada S$500 bilion sekarang.

Adakah ini bermakna Singapura akan muflis tidak lama lagi atau kerajaan mereka gagal?

Gabungan hutang syarikat-syarikat Tan Sri Syed Mokhtar adalah melebihi RM20 bilion. Adakah ini bermakna bahawa anda kurang cenderung untuk menjadi muflis atau dalam kedudukan yang lebih baik berbanding dengan Syed Mokhtar?

Tidak sama sekali.

Hutang harus dilihat dari perspektif saiz ekonomi negara, pertumbuhan dan keupayaan kita untuk membayar hutang.

Jangan hanya melihat kepada saiz hutang dan jangan biarkan Pakatan mengelirukan anda dengan hanya berdasarkan ini sahaja.

Saiz ekonomi Malaysia hampir dua kali ganda daripada KDNK pada tahun 2009 sebanyak RM712 bilion kepada RM1.35 trilion tahun lepas.

Semasa tempoh 22 tahun Tun Mahathir menjadi PM, jumlah hutang kerajaan meningkat sebanyak 607% dalam saiz dari tahun 1981 hingga tahun 2003 berbanding peningkatan 87% dari tahun 2009 hingga tahun 2017 dalam tempoh 9 tahun Dato Sri Najib menjadi PM.

Sekiranya Pakatan percaya Najib telah gagal dalam menguruskan hutang kerajaan, adakah ini bermakna Tun Mahathir adalah 6 kali ganda lebih “gagal”?


https://tradingeconomics.com/singapore/government-debt

Link asal artikel:
https://www.facebook.com/EricSeeTo/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.