Ekspedisi Ke Dunia Tersembunyi Di Antartika

Terdapat kawasan terpencil di Antartika yang diasingkan dari cahaya beribu-ribu tahun.

Tiada siapa yang tahu apa yang terletak di luar perairan beku dan gelap.

Hingga akhirnya pada Julai tahun 2017, gunung ais raksasa memisahkan diri dari lapisan ais yang disebut dengan A-68 atau Larsen C.

Kawasan yang awalnya tertutup ais itu pun menyingkap dasar laut seluas 5,800 kilometer persegi yang selama 120,000 tahun tak pernah menikmati sinaran cahaya matahari.

Dan berita gembira adalah, kita tidak perlu menunggu lebih lama untuk mengetahui ekosistem marin di rantau ini.

Minggu ini, satu pasukan saintis yang diketuai oleh British Antarctic Survey (BAS) berangkat ke sana untuk mengkaji.

Penyelidik bersaing untuk meneroka dunia tersembunyi secepat mungkin.

Mereka takut pendedahan matahari akan mengubah ekosistem di sana dengan cepat.

“Kami benar-benar tidak tahu apa yang ada di bawahnya kerana tertutup lapisan ais tebal beratus-ratus meter,” kata Katrin Linse, ahli Biologi yang terlibat ekspedisi itu seperti dipetik dari Science Alert, Selasa (13/2/2018).

“Adalah penting kami sampai ke sana dengan cepat sebelum persekitaran di bawah air berubah apabila sinar matahari memasuki air dan spesies baru mula menjajah,” katanya.

Linse dan rakan-rakannya akan pergi ke Kepulauan Falkland terlebih dahulu dan kemudian berpindah ke tempat tujuan.

Perlu diingat, lokasi dunia tersembunyi sangat jauh.

Tetapi penyelidik masih mengambil risiko untuk mencapainya.

“Larsen C berada jauh di selatan dan ada banyak ais di daearah tersebut.

Tapi ekspedisi ini adalah perkara yang penting bagi sains. Jadi kami akan berusaha untuk mendapatkan hasil yang terbaik,” ujar David Vaughan, pengarah BAS.

Jika ia tiba tepat pada masa, mungkin penyelidik akan melihat bagaimana sebuah ekosistem terbentuk atau berkembang.

Sebelum ini penyelidik sudah mempunyai hipotesis tentang kehidupan di bawah lapisan ais ini.

Mereka mengatakan mungkin ada persamaan dengan ekosistem laut dalam.

Terdapat fitoplankton dan zooplankton yang merupakan makanan penting.

Sekarang hanya satu lagi langkah untuk menguji hipotesis mereka.

Pada pencarian selama tiga minggu, para penyelidik akan mengumpulkan makhluk yang hidup di dasar laut, seperti mikrob dan plankton, mendapan serta sampel air.

Di samping itu, mereka juga akan membuktikan bukti mamalia atau burung baru yang mungkin telah berhijrah ke kawasan air terbuka.

Walaupun diakui tidak ada gambar dengan apa yang ada di lokasi, para penyelidik bersemangat tentang ekspedisi ini.

“Kami pergi ke kawasan di mana kami tidak tahu apa yang akan kami dapati dan ini adalah perkara yang menarik. Tapi kami berharap akan berhasil mendapatkan perkara yang luar biasa,” papar Linse.

Dan tentunya perjalanan adalah peluang yang jarang untuk dimanfaatkan, kerana pemerhatian semulajadi kadang-kadang mengambil masa 10,000 tahun untuk dihuraikan.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.