Video : Tak Peduli Komen ‘Jahat’, Akan Teruskan Gimik Kata Jamal

SHAH ALAM – Ketua Gerakan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos mengakui tidak sesekali mempedulikan pandangan ‘jahat’ atau sinis sesiapa sahaja berhubung gimik yang sering dianjurkan sebelum ini.

 

Mengulas mengenai idea gimik yang dilakukannya untuk ‘menyerang’ Azmin, beliau berkata dirinya telah terbiasa menjadikan sesuatu isu itu dapat dinilai oleh masyarakat sekali gus membongkar kepincangan yang berlaku menerusi kepimpinan PKR di Selangor.

 

“Saya sebelum ini merupakan seorang ahli perniagaan dan di dalam perniagaan kami memerlukan satu daya saing di antara syarikat-syarikat dan peniaga yang lain untuk lebih maju ke hadapan dan dipercayai oleh pelanggan kami jadi untuk ke arah itu.

 

“Kami sentiasa berfikir bagaimana untuk memajukan perniagaan kami dan apabila menceburi bidang politik, NGO-NGO saya juga berfikir bagaimana kaedahnya untuk menjadikan sesuatu isu itu dapat dilihat oleh masyarakat walaupun ada yang negatif (pandangan mereka).

 

Bagi saya hal itu tiada masalah yang pentingnya mereka dapat menerima isu yang disampaikan,”jelasnya sewaktu temubual khas bersama SuaraTV, Jumaat lalu.

 

Katanya, biarlah sesiapa sahaja mahu memberikan pandangan ‘jahat’ namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskan perjuangannya membela nasib rakyat mengikut caranya sendiri.

 

“Komen-komen itu bagi saya langsung saya tidak pedulikan.

 

“Apa yang saya perlu bawakan adalah isu yang berlaku di dalam negeri Selangor ini,”katanya.

 

Terdahulu, gimik terbaharunya, Jamal membawa 15 van jenazah, keranda dan berpakaian seperti penggali kubur di hadapan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor.- SuaraTV

 

VIDEO MENYUSUL.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.