Video : RM Jatuh, Ahmad Maslan Hanya Bercuti Di Langkawi

 

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Datuk Ahmad Maslan mengakui terkesan dengan kejatuhan Ringgit Malaysia pada hari ini.

 

Beliau berkata, memandangkan berlakunya penyusutan nilai ringgit, beliau hanya mampu bercuti di Langkawi sahaja.

 

“Saya selalu tengok USD dengan kita punya MYR di handphone. Saya kata bilalah nak turun kepada 3.8 ni.

 

“Sebab saya juga ada anak yang belajar di luar negara. Jadi ia memberikan kesan langsung. Dan antara kesannya, pada hujung tahun lepas, saya hanya pergi bercuti di Langkawi.

 

“Apabila peningkatan USD ini memberi kesan banyak perkara dalam kehidupan ini. Jadi kita sama-sama fikirkan bagaimana untuk membendung kerugian pertukaran matawang asing,”katanya kepada media dalam ucapannya pada sesi dialog ‘Kesan kejatuhan ringgit kepada PKS’, di sini, sebentar tadi.

 

Terdahulu, Ahmad menasihatkan supaya Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) terus mengekalkan hubungan baik dengan kerajaan yang kekal komited menawarkan khidmat nasihat dan bantuan kewangan kepada industri itu yang terkesan dengan kejatuhan ringgit di dalam keadaan ekonpmi yang mencabar.-SuaraTV

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.