Video: Jamal Yakin BN Bakal Tawan Selangor

SHAH ALAM – Nama Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos bukanlah asing. Banyak gimik yang dilakukan beliau adalah demi protesnya terhadap kepincangan kepimpinan PKR Selangor yang didakwa dilakukan Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagaimanapun, tidak disedari rakyat negeri itu.

 

Biarpun dalam siri jelajah Bersih sebelum ini, terdapat beberapa unsur provokasi, namun ia tidak mematahkan semangat Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu untuk terus melakukan pelagai gimik dan protes demi memperbetulkan kesalahan kepimpinan PKR di negeri itu.

 

Sejak gimik yang dilakukan rentetan dari perhimpunan Bersih yang lalu, sebahagian daripada rakyat kini mula menyedari betapa perlunya desakan tersebut.

 

Secara tidak langsung ia membuka mata rakyat dimana gimik yang dilakukan beliau adalah demi menuntut hak ke atas krisis air sehinggalah kepada rumah urut dan pusat judi yang berleluasa dan perlu dibanteras.

 

Bagi mengupas lanjut mengenai kepincangan yang berlaku di Selangor serta halatuju Umno, BN di negeri itu, SuaraTV cuba dapatkan penjelasan daripada Jamal.

 

Ikuti temu bual khas wartawan SuaraTV, Wanna dan Saiful Izzuwan bersama juruvideo baru-baru ini.

 

 

Sejak kebelakangan ini, banyak gimik yang dilakukan oleh Datuk, tidak takut hilang gelaran dan jawatan tersebut?

 

 

Bagi saya apa yang saya lakukan ini adalah tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikul. Pertamanya  saya telah mendapat kepercayaan daripada rakan NGO dan menjadi pengerusi NGO negeri Selangor dan Gabungan NGO gerakan merah. Kami ada berbagai-bagaimana gerakan seperti motorsikal dan sebagainya. Yang keduanya saya mempunyai status dan amanah daripada ahli Umno dan  Umno bahagian Sungai Besar , jadi apabila memikul tanggungjawab dan amanah ini, saya perlulah melakukan sesuatu  dimana ia mempunyai kepentingan untuk  rakyat negeri Selangor dan orang negeri Selangor  tentang apa yang berlaku kepada saya dan apa yang akan berlaku kepada saya. Contohnya penangkapan ke atas saya di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan dan saya bersedia menghantar surat dan melepaskan jawatan saya sebagai Ketua Umno Bahagian. Jadi bagi saya jawatan tidak penting . Yang pentingnya amanah dan tanggungjawab yang dipikul  itu adalah lebih mustahak. Saya tidak mahu  selesa sekarang ini senang sekarang ini tetapi saya percaya qada dan qadar daripada Allah  s.wt. Dan akan disoal di akhirat kelak . Ini yang paling mustahak bagi saya matlamat saya bukanlah untuk kepentingan peribadi  tetapi adalah amanah yang saya pikul.

 

 

 

Tidakkah Datuk berasa kesal apabila kebaikan yang dilakukan oleh Datuk seperti membantu mangsa banjir dan menempatkan mereka di resort Datuk ada yang masih tidak nampak. Malah ia berlaku sebaliknya, iaitu cemuhan dan hinaan daripada rakyat Malaysia?

 

 

 

Bagi saya ini adalah pandangan masing-masing kerana di dalam negeri Selangor ini ia berbeza politiknya jika dibandingkan dengan negara lebih maju (lain) seperti di UK, England. Di dalam negara kita ini, contohnya apa sahaja yang dilakukan oleh pemimpin Umno/BN semuanya buruk bagi mereka. Tetapi apa jua kepincangan kelemahan dan apa jua yang berlaku kepada pemimpin mereka, mereka inilah yang disanjung. Jadi inilah politik yang berbeza yang berlaku di negara kita ini. Penyokong mereka juga telah ditanam sifat kebencian di dalam jiwa mereka terhadap kerajaan BN. Apa yang dilakukan oleh BN dan sebagainya semuanya nampak buruk belaka biarpun ia adalah perkara yang baik dan memberi faedah kepada masyarakat.

 

 

 

Adakah siri demonstrasi atau gimik yang Datuk lakukan boleh menyaingi siri demonstrasi pembangkang?

 

 

 

Bagi saya ini bukanlah demo persaingan. Kami bukannya ada merebut apa-apa piala atau sebarang anugerah di dalam ini (politik). Yang saya sebutkan ini adalah tanggungjawab. Kalau saya dipilih menjadi pemimpin iaitu sebagai Ketua Umno bahagian tetapi biaya tidak melakukan sesuatu kepada ahli dan masyarakat apalah gunanya saya menjadi ketua, lebih baik saya teruskan tetapi saya menceburi bidang perniagaannya. Biarpun sekarang ini saya memegang jawatan yang kecil di peringkat bahagian, walaupun kecil di dalam NGO, tetapi saya rasakan ini adalah tanggungjawab yang perlu saya dedahkan tentang apa yang berlaku, kepincangan-kepincangan di dalam kerajaan negeri Selangor yang memerintah daripada Pakatan harapan (PH) hari ini.

 

 

 

Baru-baru ini Datuk seperti ‘merajuk’ dengan Umno dan mahu melepaskan jawatan yang ada. Boleh jelaskan?

 

 

 

Ini bukan soal merajuk. Di dalam perjuangan ini tidak ada perkataan merajuk, kecewa dan sebagainya. Apa yang saya lakukan itu, saya bimbang dengan tuduhan yang saya hadapi, siasatan yang dikenakan ke atas saya itu membabitkan nama baik Umno. Jadi saya tidak mahu nama baik Umno yang telah banyak jasanya semenjak sebelum merdeka dan harapan kita pada masa akan datang terpalit dengan apa yang saya lakukan. Jadi saya rela melepaskan jawatan. Maksudnya, jawatan bukanlah penting bagi saya. Perjuangan itu lebih penting dan wadah Umno, untuk berjuang bagi generasi yang akan datang demi agama, bangsa dan negara. Itu yang perlu dipertahankan. Bukan jawatan ataupun bukan individu seperti saya, ataupun individu-individu yang lain.

 

 

 

Seriuskah Datuk ingin ‘membuka pusat judi’?

 

 

 

 Kalau dihayati, apa yang saya ucapkan, saya bersama-sama dengan rakan media, ke lokasi tersebut akhirnya, saya yang diambil tindakan. Jadi ini adalah satu perkara yang ingin ditunjukkan bahawa tauke-tauke judi itu sangatlah berpengaruh. Jadi saya tidak tahu sejauh mana pengaruhnya. Orang yang mendedahkan disiasat. Dan orang yang melakukan kesalahan bagi saya sehingga sekarang masih lagi kedainya terbuka, masih agi beroperasi. Inilah yang saya katakan kalau sudah menjadi pemimpin politik ataupun pemimpin masyarakat, tidak boleh mengenegahkan atau mendedahkan isu ini, lebih baik menjadi tauke judi yang mempunyai keistimewaan. Maksud saya kalau difahami, kerana saya banyak memberikan mesej secara sindiran dan berbentuk sarcism. Tapi mungkin setengahnya tidak faham.

 

 

 

Bagaimana Datuk melihat halatuju BN di Selangor?

 

 

 

Saya amat yakin dengan kepimpinan seorang panglima yang cukup berpengalaman di negeri Selangor ini  yang berhormat, Tan Sri Noh Omar. Selangor ini akan mendapat satu ‘Keajaiban’ dalam PRU akan datang. Saya tidak mahu bercakap takbur sebagaimana cuma yang boleh saya perkatakan keyakinan saya terhadap Tan Sri Noh Omar, sebagai seorang yang cukup berpengalaman Selangor akan ditawan oleh Barisan Nasional.

 

 

 

Harapan Datuk terhadap Umno / BN khususnya?

 

 

 

Saya sangat berharap dan yakin Umno/BN menerusi PRK biarpun ia tidak boleh dijadikan sandaran untuk menterjemahkan kemenangan Umno pada PRU akan datang, tapi setidak-tidaknya ia merupakan satu kerjasama yang mantap di dalam Umno itu sendiri, dan komponen BN yang membolehkan PRK Sungai Besar itu beroleh kejayaan, dengan jumlah majoriti 9191. Dan saya yakin rakan-rakan di peringkat bahagian yang lain telahpun mempunyai strategi yang ‘luarbiasa’ pada kali ini. Yang saya yakin tidak mampu untuk dibaca dan dinilai oleh lawan kami. walau apapun hebatnya diperlihatkan Pakatan ini, memiliki ‘Red Bean Army’ dan sebagainya, tetapi mereka tidak tahu kehebatan kami. Kami tidak mahu mendedahkan senjata ‘pemusnah’ besar-besaran kami. Tunggu. InshaAllah, dengan tanggungjawab, yang diberikan oleh rakyat dan kepada pemimpin Umno BN. Yang mustahaknya, rakan-rakan kami ini menunaikan tanggungjawab dan kepercayaan akan beralih kepada BN, ketika PRU akan datang. Ini tidak mustahil. – SuaraTV

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.