Video : Ahmad Maslan Nasihat Guna Yen Ganti US Dollar

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Datuk Ahmad Maslan menasihatkan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) supaya membuat perancangan kewangan dan pengurusan aliran tunai yang lebih baik dan teratur sekali gus menggunakan instrumen kewangan lain.

 

Beliau berkata, cadangan menggunakan Yen untuk menggantikan US dollar adalah demi mengurangkan risiko serta dapat membendung kerugian pertukaran asing.

 

“Saya nak rumuskan cadangannya, adalah dengan menggunakan matawang lain seperti Yen. Yen ini kurang jatuh berbanding Dolar dan Euro,”katanya pada sidang media sesi taklimat dan dialog kesan kejatuhan ringgit kepada PKS, di sini sebentar tadi.

 

Dalam pada itu, Ahmad turut mencadangkan supaya PKS mendapatkan sumber tempatan berbanding sumber import untuk mengurangkan kesan turun naik kadar pertukaran matawang.

 

Ahmad turut menyarankan agar PKS melihat kesan kejatuhan ringgit dari segi positif dimana penyusutan nilai ringgit telah merangsang perniagaan tempatan untuk mengeksport.

 

Tambahnya, dengan penurunan nilai ringgit ia telah menarik minat pasaran asing untuk membeli barangan buatan Malaysia yang kini menjadi semakin kompetitif dari segi harga yang ditawarkan.

 

Katanya, industri pelancongan juga merupakan salah satu industri yang berkembang pesat, selaras dengan peningkatan kuasa beli pelancong asing yang datang ke negara ini.

 

Sehubungan itu, beliau turut menggariskan lapan cadangan antaranya seperti penggunaan matawang lain, menggunakan lebih banyak bahan tempatan dan pengurusan aliran tunai yang baik.-SuaraTV

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.