TMJ, Annuar Sah Calon Rasmi Rebut Jawatan Presiden FAM

PETALING JAYA – Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa hari ini disahkan secara rasmi sebagai calon untuk merebut jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

 

Bagi jawatan Timbalan Presiden, penyandang sedia ada Datuk Seri Afandi Hamzah akan dicabar Datuk Yusof Mahadi dan Datuk Seri Subahan Kamal.

 

“Untuk jawatan presiden, sebelum ini empat dicalonkan dan dua disahkan bertanding pada 25 Mac ini. Bagi jawatan Timbalan Presiden, daripada lapan pencalonan, tinggal empat dan sekarang tiga. Calon naib presiden pula daripada 21 calon sebelum ini, sembilan calon mengesahkan pertandingan.

 

“Jawatankuasa exco lelaki sebanyak 30 pencalonan dibuat dan 17 disahkan bertanding dan untuk jawatankuasa exco wanita pula, tujuh dicalonkan dan kesemua mereka akan bertanding,” kata Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd. Amin pada sidang media di Wisma FAM, Kelana Jaya, hari ini.

 

Pengesahan pencalonan untuk pemilihan pada Kongres FAM ke-53 pada 25 Mac ini telah dibuat pada Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif (Exco) FAM ke-11. – Bernama

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.