Polis Siasat Penyebaran Rakaman CCTV Jong Nam

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengkaji tindakan terhadap penyebar rakaman kamera litar tertutup (cctv) berhubung kes kematian Kim Jong-nam, abang tiri pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Penyebaran rakaman cctv itu dilihat telah mengganggu siasatan polis berhubung kes itu, lapor Bernama.

 

Khalid berkata, pihak polis akan mengambil tindakan terhadap mereka yang menyebarkan rakaman itu.

 

“kita akan kaji”,katanya.

 
Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Seri Abdul Samah Mat ketika ditanya soalan sama berkata, polis akan menyiasat perkara berkenaan sebelum mengambil tindakan selanjutnya.

 

“Perkara ini (penyebaran rakaman cctv) sedikit sebanyak mengganggu tugasan pihak polis,” katanya.

 

Rakaman berdurasi 2.33 saat di Lapangan Terbang Antarbangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) itu disiarkan sebuah syarikat penyiaran asing, tular di media sosial sejak malam tadi.

 

Isnin lepas, Jong-nam dilaporkan berada di KLIA2 untuk menaiki penerbangan ke Macau apabila secara tiba-tiba seorang wanita menekup mukanya dengan kain yang dipercayai mengandungi cecair beracun.

 

Jong-nam yang menggunakan nama Kim Chol, dilaporkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.