Korea Utara Perlu Faham, Malaysia Mengikut Undang-Undang Negara Kata PM

KUALA LUMPUR – Kerajaan Korea Utara perlu memahami Malaysia terikat dengan peraturan undang-undang di negara ini dalam menjalankan siasatan berhubung kes pembunuhan abang pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-nam.

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau yakin dengan kemampuan pihak berkuasa Malaysia untuk menyiasat kes pembunuhan tersebut.

 

“Polis dan doktor kita amat profesional dan saya yakin mereka amat objektif dengan apa yang dilakukan. Kita tidak mempunyai alasan mengapa kita akan melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan imej Korea Utara.

 
“Jadi, kita harap mereka faham bahawa Malaysia melakukan (siasatan) mengikut peraturan undang-undang yang ditetapkan di negara ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Persidangan Antarabangsa Kelestarian Agama dan Peradaban di sini hari ini.-Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.