Jamal Kongsi Kisah Tidur Berbantal Lengan, Makan Sayur Tawar Di Lokap

SHAH ALAM – “Tidur berbantalkan lengan dan diberi makan sayur tawar serta ikan goreng sewaktu di lokap,” demikian kata Pengerusi Gerakan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos mengenai pengalamannya di dalam lokap tempoh hari.

 

Menurutnya, insiden dimasukkan ke dalam lokap itu merupakan pengalaman yang berharga bagi dirinya.

 

“Ia satu pengalaman yang tidak mungkin dapat saya lupakan.

 

“Saat usia saya berusia lebih 40 tahun saya merasai pengalaman ini,” katanya ketika temu bual eksklusif di Kumpulan Media Karangkraf, hari ini.

 

Sebelum ini Jamal ditahan polis di kediamannya dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan lanjut berhubung tindakan beliau dan kumpulan ‘baju merah’ yang didakwa menceroboh masuk pusat judi di Ampang baru-baru ini.

 

Perintah tahanan reman selama lima hari itu dibuat oleh majistret, Mohd Firdaus Saidina Ali.

 

Tambah Jamal lagi, beliau sebolehnya tidak ingin menjejakkan kaki ke dalam lokap lagi.

 

“Namun begitu, demi perjuangan saya rela hadapi apa jua yang  suara masyarakat terbela,” katanya lagi. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.