Filem Tollywood Didakwa Ciplak Lagu EXO

SEOUL: Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba peminat EXO meluahkan perasaan marah menerusi laman sosial dengan mendakwa sebuah filem Tollywood menciplak dua lagu kumpulan kesayangan mereka untuk melatari produksi terbabit.

 

Mereka mendakwa, filem Telugu berjudul Kannaya mencuri dan menukar lirik dendangan asal kumpulan K-pop itu kepada bahasa mereka, tanpa mendapatkan keizinan terlebih dulu.

 

Filem berkenaan dikatakan diterbitkan di Hyderabad dan perkara terbabit disedari seorang pendengar setia lagu EXO berasal dari India.

 

Dakwanya, dua karya ialah milik EXO dan satu lagi single LC9 menjadi mangsa ciplak produk filem itu. Peminat terbabit mengatakan, lagu diberikan tajuk Dhamkimar ialah karya plagiat daripada single yang menjadikan EXO popular, Growl.

 

Lagu itu diterbitkan pada 2013. Sebuah lagi lagu ialah single berentak balada yang dimuatkan dalam album sulung mereka, Baby Don’t Cry.

 

Bagi karya milik LC9 pula, lagu Mama Iragadheei daripada filem berkenaan diubah daripada single Mama Beat. Namun, di sebalik suara ramai yang menuntut pihak berkaitan meminta maaf, dikhabarkan belum ada wakil daripada syarikat produksi terbabit memberikan sebarang maklum balas.-Bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.