FAM Rujuk AFC Jika Wujud Ancaman Keselamatan

 

PETALING JAYA- Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hanya akan merujuk kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) jika merasakan wujudnya ancaman keselamatan ketika berdepan Korea Utara dalam aksi pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2019.

 

“Setakat ini belum ada apa-apa lagi. Kita akan berhubung dengan AFC dan juga pihak kedutaan. Kalau FAM merasakan keadaan di sana tidak selamat, FAM akan berhubung dengan AFC.

 

“AFC yang akan tentukan. Setakat minggu lepas, segalanya masih okay. Kalau sampai ke satu tahap, AFC akan menentukan sama ada bermain di tempat berkecuali atau ditangguhkan,” kata Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin-Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.