Berpolitik Soal Kepentingan Rakyat Tidak Salah

KUALA LUMPUR – “Ia bukannya menjadi satu kesalahan kalau kita berbuat sesuatu bermotifkan politik kerana ia adalah soal kepentingan rakyat,” jelas Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa berhubung kenyataan pengerusi Bersatu, Tun Mahathir Mohamad yang mendakwa Himpunan Akta 355 semalam bermotifkan politik.

 

Menurut Annuar, masyarakat perlu diberikan penjelasan mengenai RUU 355 dan kejayaan perhimpunan tersebut telah menunjukkan solidariti dan sokongan rakyat terhadap usaha memperkasakan kuasa mahkamah syariah.

 

“Kenyataan beliau (Tun Mahathir) seperti itu pun berunsur politik. Kita semua di Malaysia ini bermotifkan politik. Mesti ada motif politik kalau nak buat apa-apa.

 
“Ia bukannya jadi satu kesalahan kalau kita berbuat sesuatu bermotifkan politik kerana itu adalah soal kepentingan rakyat. Jadi usaha itu perlu dihormati,” katanya.

 

Pada masa sama, beliau berkata penganjuran perhimpunan itu adalah satu usaha yang tepat untuk memberi penerangan kepada rakyat sebelum RUU 355 di bawa ke Sidang Parlimen tidak lama lagi.

 

“Perhimpunan telah berjalan dalam keadaan aman dan ia diadakan mengikut at undang-undang. Oleh kerana ia akan dibangkitkan di Parlimen tidak lama lagi, saya fikir ia satu usaha yang baik.

 

“Kita perlu menghormati dan ucap tahniah kepada penganjur kerana dapat mengadakan perjumpaan yang sedemikian,” katanya.-Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.