Bekas Ahli Parlimen Mengaku Salah Judi Sabung Ayam

KOTA SAMARAHAN – Seorang bekas Ahli Parlimen yang bergelar Datuk merupakan antara 25 tertuduh mengaku bersalah terhadap tuduhan berjudi sabung ayam di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

 

Kesemua tertuduh mengaku bersalah mengikut Seksyen 3(1) Ordinan Mencegah Kezaliman Terhadap Haiwan 1973 selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Marutin Pagan.

 

Marutin menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM500 terhadap kesemua tertuduh dan sekiranya gagal berbuat demikian, mereka akan dipenjara satu minggu.

 

Mengikut kertas pertuduhahan, kesemua tertuduh didakwa berjudi sabung ayam pada 5 Februari lalu di sebuah gudang yang diubahsuai menjadi gelanggang judi sabung ayam.

 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azhari Yusof, manakala hanya seorang tertuduh iaitu bekas Ahli Parlimen itu diwakili peguam, Arthur Lee. – Kosmo!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.