Bayi Sebut Asma Ul Husna, Tertera Kalimah Allah Di Dahi

KUALA LUMPUR – Satu video bayi pandai menyebut nama Allah s.w.t dan sekeping gambar bayi yang tertera  kalimah Allah di dahinya menjadi tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

 

SuaraTV tidak dapat memastikan bila dan dimana kejadian tersebut berlaku.

 

Rata-rata memuji kebesaran Allah s.w.t dan menyifatkan ia merupakan penemuan yang jarang-jarang berlaku.

 

Bagaimanapun ada juga netizen yang mendakwa kalimah Allah s.w.t yang muncul di dahi bayi itu adalah direka menerusi photoshop.

 

“Itu hanya photoshop je aku rasa,” kata Maimun.

 

Sementara itu, Kuzaimah berkata, “Dunia dah akhir zaman. Macam-macam hal berlaku. Kita berserah saja. Banyakkan muhasabah diri,” tulisnya.

 

Sebelum ini banyak kejadian aneh yang dirakam dan dikongsikan seluruh dunia mengenai penemuan ajaib seperti ini.

 

Ada juga yang mendakwa foto dan insiden tersebut sebagai sebahagian daripada rekaan pihak yang tidak bertanggungjawab.-SuaraTV

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.