Annuar Terbuka Adakan Rundingan Dengan TMJ

PENASIHAT Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa bersedia berunding dengan Tunku Ismail Sultan Ibrahim bagi membincangkan isu pemilihan jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

 

Menurutnya pertemuan dengan Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu akan membolehkan pemilihan jawatan itu yang menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara beliau dan Tunku Ismail dibuat dalam suasana harmoni demi kebaikan bola sepak negara.

 

Ditanya kemungkinan beliau menarik diri daripada bertanding jawatan tersebut, Annuar berkata :”Masih ada masa sebelum tarikh pemilihan sebenar tiba.

 
“Semua pihak harus menghormati pemilihan ini. Ia tidak perlu dipolitikkan, kita kena duduk dan bincang bersama. Kita ada 39 anggota gabungan yang akan membuat keputusan nanti,” katanya di sini, hari ini.

 

Annuar berkata semua wakil gabungan itu berpengalaman luas dalam bola sepak dan semestinya sudah membuat keputusan siapa yang akan dipilih nanti.

 

Pemilihan FAM akan diadakan pada Kongres FAM ke-53 pada 25 Mac ini. –Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.