22 Ahli Kongsi Gelap Termasuk Datuk Seri Didakwa Di Mahkamah

GEORGETOWN – Seramai 22 ahli kumpulan Geng 24 termasuk seorang bergelar Datuk Seri, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas dakwaan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang di Pulau Pinang sejak dua tahun lalu.

 

Tertuduh yang masing-masing berumur antara 24 hingga 55 tahun mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Roslan Hamid.

 

Mengikut pertuduhan, semua tertuduh didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng 24 sejak 1 Januari 2015 hingga 29 Januari lalu.

 

Mereka didakwa mengikut Sub Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan (Akta 574) dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun jika sabit kesalahan.

 

Roslan tidak membenarkan semua tertuduh diikat jamin berikutan kes berkenaan termasuk dalam jadual pertama Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

 

Pendakwaan diketuai Jailani Abdul Rahman dan kes disebut semula 20 Mac depan. – BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.