Video: ‘Silat Tongkat Keramat’ Rani Kulup Curi Perhatian Netizen

Kulup Lumpur – Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah sekali lagi berjaya mencuri perhatian netizen apabila aksinya bersilat sambil mengunakan tongkat tersebar di laman-laman media sosial.

 

Berdasarkan klip video pendek berdurasi 1:25 minit itu, Abdul Rani turut menunjukkan aksi memukul lawan dengan mengunakan tongkat ‘keramat’ yang sering dibawanya setiap kali beliau membuat laporan polis.

 

 

Tinjauan SuaraTV mendapati rata-rata penguna media sosial menyifatkan aksi silat tersebut sebagai sempoi dan menghiburkan.

 

Malah ada yang turut mengundang beliau untuk hadir dan bersilat di majlis perkahwinan mereka yang bakal diadakan nanti.

 

Rayyan Hafiz: Sambil salam suami tu… ayah jeling2 kt isteri kn? Jilake ayah silat mata rupanya….

 

Zamri Thehysniper: Baguih betoii ayah lup ni…sampai kedah pi kenduri siap bersilat lagi….kihh..kihh

 

Ming Muhammmad: Mane aci ayah, main nak katok dgn tokak.. takut ar lawan..ha ha ha haduiiiii

 

Ajak Santero: Ayah lop, kau mmg tk mngecewakan .. esok kenduri sepupu aku kt taman medan. Jgn lupe dtg plak..

 

Jai Ho: Kalau ye pon headfon tu bawak2 la simpan yah… nyirap plak tgk. – SuaraTV

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.