Video: Program Muhyiddin Di Port Dickson Gagal Dapat Sambutan

Seremban – Walaupun menampilkan bekas timbalan perdana menteri, program anjuran Gabungan Ketua-Ketua Cawangan Umno Malaysia (GKCM) yang diadakan di Taman Intan Duyung hari ini gagal mendapat sambutan seperti yanga diharapkan.

 

Program ‘Turun Berkampung, Mencari Kebenaran 4’ yang diadakan di dewan orang ramai itu hanya dihadiri sekitar 50 orang yang rata-rata merupakan orang luar.

 

Terdahulu ketika menyampaikan ucapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut melahirkan kekecewaannya yang tidak lagi mendapat liputan media sejak beliau dipecat dari jawatan kerajaan.

 

 

“Waktu jadi Timbalan Perdana Menteri ramai (wartawan) yang datang tapi sekarang hany Astro Awani.

 

“Ucapan saya dah jadi tak penting dah sebab tu tuan-tuan dah baca lagi kenyataan saya dalam Utusan Malaysia, Berita Harian dan sebagainya” katanya ketika berucap dalam majlis penyerahan sijil program tuisyen percuma Taman Duyung Intan di Port Dickson hari ini. – SuaraTV

 

 

Laporan Lanjut Menyusul

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.