Video: Pekerja Indonesia Hampir Mati Dipukul Lelaki Cina

Kuala Lumpur – Kerana didakwa mencuri duit syarikat, seorang pekerja lelaki yang dipercayai warga Indonesia hampir mati apabila dipukul bertalu-talu dengan mengunakan seutas paip getah.

 

Berdasarkan rakaman yang disebarkan melalui media sosial itu, pekerja tersebut dilihat berulang kali merayu sambil menangis agar beliau tidak dipukul.

 

 

“Aduh sakitnya tangan aku, mati aku bang… aku minta tolong jangan pukul lagi.. saya sumpah bukan saya yang lakukan” katanya sambil menahan kesakitan.

 

Namun semua rayuan tersebut tidak diendahkan oleh lelaki yang dipercayai berketurunan Cina itu.

 

“Cakap, kamu sudah curi company punya wang (duit syarikat) ” ujar lelaki tersebut sebelum menendang muka pekerja yang tidak berdaya itu.

 

SuaraTV bagaimana pun tidak dapat memastikan bila dan dimana kejadian tersebut berlaku.

 

Rata-rata pengguna media sosial menyifatkan tindakan itu sebagai kejam kerana tidak berperikemanusian dan menggesa agar pihak polis segera mengambil tindakan. – SuaraTV

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.