Video: GKCM Cabar Ku Nan Debat Terbuka

Seremban – Gabungan Ketua-Ketua Cawangan Umno (GKCM) hari ini mencabar Setiausaha Agong, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk berdebat secara terbuka bagi menyelesaikan kemelut yang dikatakan sedang melanda parti itu.

 

Presiden GKCM, Kamarulazman Habibur Rahman berkata, tindakan Tengku Adnan tidak mengambil tindakan terhadap Ketua-Ketua Bahagian Umno di Kedah ketika sidang akhbar untuk menyingkir Mukhriz jelas bertentangan dengan perlembagaan parti itu.

 

 

“Saya dengan ini mencabar Ku Nan untuk berdebat pada bila-bila masa tanpa sebarang syarat.

 

“Tindakan tersebut menunjukkan sikap double standard, masalah dengan Ku Nan tiap kali dia buka mulut pastibada yang tidak kena” katanya kepada pemberita sejurus selepas program Majlis Penghargaan Tuisyen Percuma Taman Intan Duyung disini hari ini.

 

Laporan Lanjut Menyusul

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.