Tun M Sedia Sumpah Guna Al-Quran

Kuala Lumpur – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sedia bersumpah menggunakan al-Quran demi setiap dakwaan yang dibuatnya itu.

 

Mahathir bersedia berbuat demikian susulan kenyataannya sebelum ini yang menggesa Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali bersumpah atas nama Al-Quran bahawa laporan berkenaan 1MDB dan wang ‘derma’ RM2.6 bilion tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan Perdana Menteri.

 

Tambah beliau, tidak adil bagi dirinya untuk tidak melakukan perkara sama sekiranya diminta bersumpah memandangkan cabaran itu dimulakan olehnya.

 

“Kalau apa yang saya kata itu disangka fitnah atau tidak betul, suruh saya sumpah saya kena sumpahlah.

 

“Kalau saya suruh orang sumpah, saya pun mesti bersedia bersumpah dengan niat yang betul, bukannya niat lain sumpah lain,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen Let’s Read The Quran (LRTQ) 2016 disini hari ini.

 

Sebelum ini Dr Mahathir mencabar Peguam Negara bersumpah menggunakan al-Quran bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Bank Negara tidak mengaitkan perdana menteri dengan rasuah.

 

Katanya lagi, sebagai orang Islam yang baik, Apandi harus bersumpah menggunakan al-Quran di masjid dengan disaksikan orang ramai bahawa laporan badan itu tidak mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dengan amalan itu.

 

Desakkan itu dibuat susulan,Apandi membersihkan Najib daripada sebarang salah laku dalam isu kemasukan wang RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya dan dakwaan skandal RM42 juta bekas anak syarikat 1MDB, SRC International.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.