SMS Tersebar Dakwa Ustaz Kazim Meninggal Dunia, Palsu

Kuala Lumpur – Kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) yang disebarkan kononnya Penceramah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias telah meninggal dunia adalah palsu dan berniat jahat.

 

Menurut pembantu peribadinya, Annuar Mat Taib ketika dihubungi SuaraTV sebentar tadi berkata, SMS yang disebarkan itu tidak benar sambil menggesa para pengguna media sosial agar berhati-hati menyebarkan sebarang berita yang diterima terutama yang melibatkan kematian seseorang individu yang lain.

 

“Alhamdulillah, keadaan DUKE (Mohd Kazim) semakin baik dan berita kematian beliau adalah palsu diharap sahabat mengabaikan berita tersebut.

 

“Masih di HUSM, DUKE mendapat rawatan terbaik dari pakar-pakar perubatan yang terlatih dan professional. Terima kasih atas doa-doa kalian,” katanta ringkas kepada SuaraTV.

 

Terdahulu pengguna media sosial gempar apabila individu yang tidak dikenali menyebarkan pesanan melalui aplikasi Whastapp dan SMS kononnya Mohd Kazim telah meninggal dunia setelah mendapatkan rawatan di hospital tersebut.

 

Mohd Kazim ditempatkan di wad CCU Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dilaporkan dalam keadaan stabil.

 

Dalam kejadian malam tadi, Mohd Kazim hanya sempat menyampaikan ceramah kira-kira tujuh minit di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sri Gunong, Bachok sebelum dikejarkan ke hospital.

 

Mohd Kazim yang menjayakan ceramah anjuran Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) kira-kira jam 9.30 malam itu mengadu penat dan sakit dada.

 

Beliau di bawa ke Klinik Kesihatan Gunong sebelum dirujuk ke wad kecemasan HUSM. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.