‘Saya Sedia Maafkan Dr Asri’- Zamihan

KUALA LUMPUR – “Saya sedia maafkan Dr Asri. Tapi dia tetap bertanggungjawab di akhirat kerana fitnah terhadap saya,” kata Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja), Zamihan Mat Zin.

 

Beliau mengakui bersedia menyambut salam perdamaian daripada Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin namun Mohd Asri perlu bertanggungjawab di depan ALLAH SWT kerana menuduhnya sebagai Syiah.

 

“Dia fitnah saya sebagai Syiah sejak 2001. Dia yang mulakan dulu. Saya tidak kenal dia dan dia tidak kenal saya, tetapi dia boleh tulis dalam akhbar mengatakan saya Syiah. Berdamai tiada masalah, tetapi fitnah dia jawab di akhirat,” kata Zamihan, seperti dilaporkan Sinar.

 

Zamihan berkata, jika perkara ini mahu diselesaikan dan diperbincangkan secara ilmiah, beliau menuntut pertemuan dalam sidang Majlis Fatwa Kebangsaan.

 

“Biar mufti yang buat keputusan sama ada saya salah dia betul atau saya betul dia salah,” katanya.

 

Terdahulu, Mohd Asri pada majlis Diskusi Santai: Ekstremisme Agama di Malaysia, pada 17 Februari lalu, telah menghulurkan salam harmoni dan perdamaian kepada Zamihan.

 

Menurut Mohd Asri, perdebatan dalam perkara yang tidak besar dalam agama perlu dihentikan.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.