Rezeki Murah, Miliki Wajah Seiras Fazura

KUALA LUMPUR – Beberapa keping gambar seorang remaja menjadi viral disebabkan wajahnya yang seiras pelakon Fazura.

 

Nur Syazana Romli mengakui rezekinya semakin murah apabila ditawarkan menjadi model dan duta produk.

 

Shazana mula mendapat perhatian selepas pelakon Fazura meninggalkan komen mengakui rupa mereka yang seiras malah lebih cantik darinya di laman Instagram milik remaja tersebut.

 

Tempias popularitinya itu, Shazana kini menerima tujuh tawaran kerja oleh pelbagai syarikat yang menawarkannya untuk menjadi duta produk dan model pakaian Muslimah.

 

Shazana mengakui memiliki wajah mirip Fazura hanya kebetulan dan dia tiada niat untuk meraih populariti.

 

“Sebelum foto di Instagramnya viral, ramai pengikutnya meninggalkan komen yang mengatakan wajahnya mirip Fazura, dan pelbagai tanggapan seperti adik fazura, pertalian saudara dan sebagainya muncul.

 

“Masih banyak perkara penting yang harus difikirkan dan diharap agar orang ramai tidak menganggap dirinya sengaja mencari publisiti murahan semata-mata ingin popular,” katanya memetik laporan era.fm.

 

Katanya lagi, dia masih mentah dan masih banyak perkara yang perlu dipelajarinya disamping ingin menyambung pengajian dalam bidang peniagaan.

 

Dia kini mempunyai pengikut mencecah 50,000 laman sosial Instagramnya sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia keluar tidak lama lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.