PM Buat Lawatan Mengejut, Bung Moktar Terharu

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, membuat lawatan mengejut ke atas Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin yang masih menerima lawatan susulan di sebuah hospital diibu negara.

 

Bung amat terharu dengan kunjungan mengejut yang dilakukan Perdana Menteri pagi tadi, sekali gus berterima kasih di atas keprihatinan yang ditunjukkan pemimpin utama negara itu.

 

“Kehadiran PM akan terus memberi kekuatan kepada saya untuk meneruskan perjuangan dimasa akan datang,” ujar Timbalan Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional itu.

 

Menurutnya, lawatan itu menunjukkan bahawa Perdana Menteri amat prihatin dengan rakan-rakan seperjuangan.

 

Sehubungan itu, Bung yang masih menerima rawatan susulan selepas dimasukkan ke hospital sejak 7 Februari, sebaik sahaja selesai menjalani pembedahan di China, akhir bulan Januari lalu.

 

 

Bung Moktar berkata, beliau masih dalam pemantauan doktor bagi rawatan susulan untuk memastikan dirinya pulih sepenuhnya.

 

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu sebelum ini menerima rawatan lebih tiga bulan di China termasuk dialisis empat kali seminggu sebelum pembedahan pada 27 Januari lalu.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.