‘Najib Perlu Tingkat Prestasi’- Tun M

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menasihati Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya meningkatkan prestasi dalam kepimpinannya.

 

Menurut Mahathir, sebagai ‎anak kepada seorang pemimpin negara suatu pada masa dahulu, Najib perlu  mempamerkan prestasi sebaik bapanya, Tun Abdul Razak Hussein.

 

“Saya mempunyai harapan yang amat tinggi kepada Perdana Menteri (Najib) kerana beliau adalah anak kepada seorang Perdana Menteri (Abdul Razak) yang sangat berjasa.

 

“Tapi saya dapati prestasinya sekarang ini sangat berbeza. Saya harap beliau kembali kepada cara-cara ayahnya‎. Ayahnya telah menyumbang banyak kepada pembangunan negara kita‎. Saya harap beliau mencontohi ayahnya,”katanya, memetik laporan Sinar.

 

Sebelum ini, Mahathir banyak mengkiritik ‎kredibiliti Najib sebagai pemimpin negara dan ketua kerajaan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.