Kejayaan Warga HKL, Pesakit Tulang Belakang Jalani Hidup Normal

KUALA LUMPUR – Seorang pemilik akaun Abdul Rahman Abdul Kadir, berkongsi status pesakit yang berjaya menjalani pembedahan memperbaiki tulang belakangnya, di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

 

Melalui status tersebut, Abdul Rahman memberikan kata pujian buat warga HKL yang berjaya dalam menjalankan tanggungjawab mereka menerusi operasi pembedahan yang dilakukan pada 3 tahun lalu terhadap pesakit tersebut.

 

“Gempak beb!!! Tahniah warga kerja HKL!!! Anda kebanggaan kami,”tulisnya.

 

Status tersebut mendapat 2,721 like dan 565 perkongsian.

 

Terdahulu, perkongsian daripada pesakit (Norfadzilah Rahim), yang memuat naik status memperingati tarikh pembedahannya, dimana menurutnya genap tiga tahun lalu, (13/02/13), dia menjalani pembedahan scoliosis.

 

Mengakui dia kini menjalani hidup normal yang sihat dan lebih bersemangat, Fadzilah turut mendoakan semua yang terlibat dalam operasi pembedahan tersebut berada dalam rahmat Allah s.w.t, sekali gus mendoakan kesihatan mereka.

 

“Pujian kepada Allah s.w.t, genap 3 tahun saya menjalani pembedahan scoliosis. Banyak peningkatan selepas pembedahan. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pasukan tulang belakang yang menakjubkan HKL diketuai oleh Dato ‘Dr. Fazir Mohamad, dengan pasukan yang hebat Dr. Nor Azlin Zainal Abidin, Dr. Zulkarnain, Dr. Manmohan, yang lain doktor, jururawat, ahli fisioterapi, dan lain-lain untuk penjagaan yang sangat baik, motivasi, dan bantuan dalam pemulihan.

 

“Saya akan ingat untuk sepanjang hidup saya. Mengucapkan terima kasih tidak cukup. Saya mendoakan buat anda semua berada dalam rahmat Allah s.w.t, bersama yang tersayang dengan kesihatan yang baik,”tulisnya.-SuaraTV

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.