Isu RM2.6 Bilion Dibangkitkan Semula, Berniat Jatuhkan PM

KUALA LUMPUR – Akhbar The Wall Street Journal (WSJ) sekali lagi mengulangi dakwaan terhadap Datuk Seri Najib Razak berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang jelas ingin mencampuri pentadbiran negara.

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata serangan bertali arus terhadap Perdana Menteri kelihatan terdesak sehingga terpaksa melakukan serangan terhadap peribadi Najib.

 

“Pihak berkuasa terutamanya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara sudah membuat keputusan bahawa wang di dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri bukannya datang daripada 1MDB.

 

“Pejabat Peguam Negara Switzerland juga sudah mengesahkan bahawa Najib bukan antara individu yang disiasat.

 

“Selain itu, pada 3 Disember tahun lalu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga sudah menjelaskan isu itu menerusi Penerangan Menteri dalam Dewan Rakyat.

 

“Perkara itu sudah jelas. Jadi, sepatutnya semua pihak termasuk WSJ tidak memainkan isu ini lagi,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan di sini, sebentar tadi.-BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.