Bapa Nafi Anak, Cucu Bunuh Diri

Jitra – Bapa wanita yang viral di laman sosial kerana dikatakan membunuh diri di Utradit, Bangkok, hari ini menafikan kejadian itu berlaku.

 
Juhari Osman, 64, bapa kepada Nurulhuda Juhari, 33, berkata kejadian itu adalah tidak benar dan anaknya masih hidup serta tidak pernah menetap di negara jiran.

 

Baru-baru ini, viral di laman sosial Facebook dan Whatsapp menunjukkan Nurulhuda didakwa membunuh diri di Utradit dengan menembak diri selepas menembak anak lelakinya akibat kecewa dengan kecurangan suaminya.

 

Juhari percaya penyebaran gambar MyKad anaknya itu dibuat pihak tertentu yang ingin memfitnah mereka sekeluarga, memandangkan anaknya baru sahaja kehilangan MyKad.

 

“Mungkin mereka guna MyKad anak saya yang hilang dan reka cerita ini.

 

“Anak saya dan cucu lelaki berusia enam tahun masih hidup dan sedih apabila ada orang sanggup fitnah perkara seperti ini membuatkan emosi kami sekeluarga terganggu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tok Jalai.

 

Bagaimanapun Nurulhuda yang masih trauma sehingga kini, masih enggan ditemui media.-Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.