Asri, Shahidan ‘Sepak’ Saya Seperti Bola – Zamihan

Bangi – Biarpun menyambut baik salam perdamaian yang dihulurkan Dr Asri Zainul Abidin, penceramah Zamihan Mat Zain tetap mahu Mufti Perlis itu memberikan fakta setiap tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

 

Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA) berkata;

 

“Fakta mesti dijawab dengan fakta. Tidak boleh disudahi dengan salam perdamaian.

 

“Kalau salam perdamaian untuk kemanusiaan, nak ajak minum teh, itu tak ada masalah. Tetapi (setiap tuduhan) tetap perlu dijawab. Dia tuduh saya Syiah, tapi mana buktinya?

 

“Walhal saya sudah beribu kali beri ceramah tentang ancaman Syiah. Dia adalah makhluk Allah pertama yang fitnah saya Syiah,” katanya dalam wawancara di pejabat ASWAJA, hari ini.

 

Beliau menjawab ‘salam harmoni dan perdamaian’ oleh Asri, dalam sidang media selepas majlis ‘Diskusi Santai: Ekstremisme Agama di Malaysia’ 17 Februari lalu.

 

Pada mulanya, acara itu mempertemukan Zamihan dan Asri tetapi dibatalkan atas arahan pihak atasan.

 

Zamihan mendakwa, serangan Mufti Perlis terhadapnya bukanlah perkara baru, tetapi sudah bermula sejak 2006 ekoran kelantangannya mengkritik fahaman Wahabi.

 

“Serangan ini mengulangi episod serangan 2006 (oleh Asri dan Datuk Seri Shahidan Kassim), selepas memberi ceramah tentang bahaya Wahabi terhadap umat Islam.

 

“Sudah lama saya bersabar, tetapi mereka lambung dan sepak saya seperti bola. Saya sudah serik,” katanya lagi.

 

Beliau menegaskan tidak pernah menarik diri dalam debat sebelum ini dan bersedia untuk bersemuka dengan Asri bagi menegakkan kebenaran.

 

“Buat secara ilmiah dan tertutup, dan paling baik melalui Majlis Fatwa Kebangsaan. Saya akan usulkan perkara ini,” katanya lagi.

One thought on “Asri, Shahidan ‘Sepak’ Saya Seperti Bola – Zamihan

  • March 5, 2016 at 4:24 pm
    Permalink

    Zaamihan…. …. oooo…. zamihan…. dah sampai masa ante buat pemeriksaan mental

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.