Saya Takkan Kembali Walau Dibentang Karpet Merah – Alvin

KUALA LUMPUR, 20 Februari: Blogger seks kontroversi, Alvin Tan menolak untuk kembali ke negara ini walaupun telah bebas daripada pertuduhan di bawah Akta Hasutan.

 

Mahkamah Persekutuan baru-baru ini sebulat suara menggugurkan pertuduhan terhadap Alvin dan pasangannya Vivian Lee.

 

Mereka didakwa memuat naik gambar yang menimbulkan kontroversi pada bulan Ramadan pada tahun 2012.

 

“Saya tidak akan pulang walaupun dibentangkan karpet merah untuk saya dan walau berapa banyak sekalipun mereka menggugurkan pertuduhan, itu bukan persoalannya ,” katanya kepada The Rakyat Post.

 

Menurutnya, Malaysia hanya tinggal sejarah buat dirinya.

 

“Saya tidak akan kembali walaupun hingga akhir hayat. Saya tidak percaya saya selamat jika kembali.

 

“Sudah menjadi prinsip saya untuk tidak kembali ke negara yang rakyat dan pemerintahnya yang bertindak zalim terhadap saya,” katanya.

 

Alvin turut menyifatkan Amerika kini telah menjadi kediaman barunya. “Saya teruja untuk tinggal di Amerika,” katanya.

 

Sementara itu, mengulas mengenai keputusan mahkamah yang menggugurkan pertuduhan ke atasnya, Alvin berkata keputusan itu dibuat terlalu lewat.

 

“Saat di mana hukuman dijatuhkan, ia sudahpun lewat. Mereka telah kehilangan saya.

 

“Kini saya boleh hidup dalam keadaan harmoni dan mengejar impian saya di Los Angeles,” katanya. – TheRakyatpost

3 thoughts on “Saya Takkan Kembali Walau Dibentang Karpet Merah – Alvin

  • February 20, 2015 at 1:47 pm
    Permalink

    BLOODY GOOD RIDDANCE.Wishing an HIV/AIDS/STD good adult impian penuh harmoni.

    A PIG IS AS A PIG DOES!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.