Api Mamah Tabungan Bayi Kami

Melaka: Wanita sarat mengandung antara empat keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila sederet rumah sewa empat pintu yang didiami mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Gelam, Tanjung Kling, di sini, 2.20 pagi, hari ini.

 

Mangsa, Mohd Asrul Aman, 26, berkata ketika kejadian dia dan isteri, Noraini Mohd Saberi, 29, sedang tidur.

 

Menurutnya, mereka dikejutkan oleh jeritan abang iparnya, Muhammad Hanafi Kasim, 27, meminta mereka keluar menyelamatkan diri kerana berlaku kebakaran.

 

“Api marak pantas dan saya hanya mampu menyelamatkan motosikal di depan rumah selain dokumen penting diletakkan berhampiran tempat tidur.

 

“Saya anggarkan kerugian hampir RM20,000 termasuk wang simpanan RM600 yang disediakan untuk menyambut kelahiran bayi sulung kami,” katanya.

 

Jurucakap bomba berkata, kebakaran itu memusnahkan 100 peratus bangunan rumah separuh kekal yang mempunyai empat pintu.

 

“Api berjaya kawal pada 2.52 pagi dan padam sepenuhnya 4.13 pagi. Kebakaran tidak membabitkan kemalangan jiwa dan punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya.- HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.