Ramai Tidak Sedar Kewujudan Teksi Bermeter Di KLIA

KUALA LUMPUR: Jika anda mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), jangan terus menaiki teksi limousin lapangan terbang (Airport Limo).

Ini kerana, anda boleh menjimatkan hampir separuh wang anda dengan menggunakan teksi bermeter yang lebih murah tambangnya.

Kebanyakan pelancong tidak menyedari pilihan lebih murah ini dan beratur untuk membeli kupon teksi premium dan teksi bajet limousin di kaunter-kaunter yang terletak sebelum pintu keluar di balai ketibaan.

Sebagai contoh, penumpang yang akan ke Jalan Klang Lama dari KLIA perlu membelanjakan RM102 untuk teksi limousin premium lapangan terbang dan RM74 untuk teksi limousin bajet lapangan terbang.

Teksi bermeter hanya menelan kos RM58 (lihat grafik).

Perkhidmatan teksi premium dan bajet ini dikendalikan oleh Airport Limo (M) Sdn Bhd, pengendali teksi lapangan terbang.

Papan tanda mengelirukan di lapangan terbang itu juga menyebabkan penumpang membayar kadar premium untuk perkhidmatan limousin itu, iaitu kira-kira dua kali ganda kadar teksi bermeter.

Kaunter teksi bermeter ‘tidak kelihatan’ kerana ia terletak di satu sudut di luar balai ketibaan.

Untuk menaiki teksi bermeter, pelancong perlu ke Aras 1 dengan mengambil lif atau eskalator.

Pelancong yang letih dan mengalami ‘jet-lag’ selain tidak menjadi menyedari perkhidmatan teksi bermeter juga tidak cenderung untuk mengheret bagasi mereka ke tingkat bawah.

Pada Isnin, ‘StarMetro’ melaporkan bahawa pemandu teksi Kuala Lumpur menghadapi kesukaran kerana iklim ekonomi yang perlahan dan menggesa supaya menamatkan monopoli oleh syarikat-syarikat teksi di KLIA dan kawasan-kawasan pelancongan yang popular seperti KLCC.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.