Kementerian Pendidikan Tubuh ‘Bilik Perang’ Tangani Masalah Berkaitan PBS

KAJANG: Kementerian Pendidikan telah menubuhkan sebuah ‘bilik perang’ sebagai tindak balas terhadap masalah yang dihadapi guru berhubung sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan berkata kementerian akan berusaha untuk memperbetulkan isu-isu berkaitan PBS.

“Saya sendiri telah mencuba log masuk ke dalam sistem (dalam talian) dan mendapati masa yang lama diambil hanya untuk memasukkan data seorang pelajar.

“PBS adalah satu sistem yang baik, ia telah berjaya di kebanyakan negara lain, tetapi kita hanya perlu memperkemaskan pelaksanaannya.

“Inilah sebabnya mengapa kementerian telah menubuhkan sebuah ‘bilik perang’ dan hotline bagi guru-guru untuk melaporkan masalah-masalah yang mereka hadapi,” katanya kepada pemberita semasa lawatan ke SK Jalan Simpangan 1 dan 2 di sini, Khamis.

Sistem PBS telah diperkenalkan di sekolah rendah bermula dengan murid Tahun Satu pada tahun 2011 dan di sekolah menengah dengan pelajar Tingkatan Satu pada tahun 2012.

Berikutan aduan daripada guru-guru yang tidak berjaya mengakses pangkalan data dalam talian, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin awal bulan ini berkata bahawa PBS akan dikaji semula.

Pada masa yang sama, kumpulan Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) mengesahkan bahawa mereka akan meneruskan protes yang dirancang berhubung perkara itu pada 22 Februari di Masjid Bandar Baru Bangi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.