VIDEO: Mahu Tampar? Buat Apa Nak Layan Chef Wan – Najib

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri yang kini digelar ‘raja troll’, Datuk Seri Najib Tun Razak enggan melayan kenyataan yang dibuat chef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali dengan panggilan Chef Wan.

“Itu Chef Wan, buat apa nak layan Chef Wan?” soal Ahli Parlimen Pekan itu secara sinis.

Najib berkata demikian ketika ditanya wartawan tentang kenyataan Chef Wan ketika berkempen membantu Pakatan Harapan di Felda Sungai Koyan 1 di Jelai pada Ahad.

Chef Wan berkata beliau kecewa dengan Najib dan Barisan Nasional (BN) yang didakwanya meletakkan individu seperti Tan Sri Isa Samad mengetuai Felda hingga berlaku salah urus.

Beliau juga mendakwa Najib memberi rasuah kepada peneroka Felda ketika pentadbiran BN sebelum ini.

Mengulas dakwaan itu, Najib menafikan bantuan yang diberikan kepada peneroka Felda itu adalah rasuah sebaliknya ia bagi membantu masyarakat peneroka.

“Ia bukan rasuah, kita tak bagi rasuah, kita tolong masyarakat Felda sebab mereka dalam keperitan hidup. Sekarang ini pendapatan mereka begitu rendah sekali, ada yang dapat RM74 bulan lepas sahaja, di Sg Koyan ada yang dapat lebih rendah dari itu, macam mana mereka nak hidup?

“Bukan soal rasuah kalau kita tolong bukan soal rasuah, kita tolong semua, kalau dalam Felda kita tolong semua, UMNO ke, PAS Ke, PH ke, kita tolong semua, jadi kalau tolong semua bukan rasuah,” katanya selepas menghadiri program ‘Jom Ride Bersama Saya” di Podium Penchala, pada Ahad.

One thought on “VIDEO: Mahu Tampar? Buat Apa Nak Layan Chef Wan – Najib

  • April 10, 2019 at 12:15 pm
    Permalink

    Najib hidupmu sentiasa rasuah… penipu.pembohong.pencuri.perompak
    .penyamun. pakej cukup..! Tak nak mengaku lagi ke??

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.