VIDEO: “Alhamdulillah… Najib Like Posting Saya” Kata Khalid Samad

KUALA LUMPUR – Perang ‘troll’ antara bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad menarik perhatian ramai selepas mereka dilihat menyindir satu sama lain di laman media sosial masing-masing.

Selepas beberapa kali Datuk Seri Najib Tun Razak membuat troll terhadap Khalid Samad, nampaknya Menteri Wilayah Persekutuan itu tidak hanya duduk diam dan mula membuat ‘serangan balas’, dengan menaikkan gambar yang sama tetapi dua kali dimuat naik dalam Twitter secara berturut-turut pada Jumaat dan kemudiannya pada Sabtu.

“Dia sebut nama saya, jadi saya sebut nama dia balik. Kalau tidak, nanti dia kecil hati pula,” kata Khalid.

Semalam Najib terus ke Facebook Khalid Samad, dan ‘like’ posting menteri itu, sekali gus mengundang cakap-cakap di kalangan netizen.

Ketika ditemui media pagi ini, Khalid Samad diminta memberi komen terhadap perkara berkenaan.

Ini komen Khalid terhadap perkara itu…

-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.