VIDEO: AG Dan Ketua Hakim Hanya Menari, Bukan Berpeluk-Peluk – Khalid Samad

KUALA LUMPUR – Video menunjukkan Peguam Negara, Tommy Thomas dan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum menari di atas pentas pada majlis sosial di Magellan Sutera Resort di Kota Kinabalu, Sabah bersama beberapa personaliti terkenal tular, sehingga menerima kecaman banyak pihak.

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad yang juga Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH) mempertahankan tindakan  itu kerana program anjuran bersama melibatkan hakim dan peguam di Sabah dan Sarawak itu diadakan setiap tahun sejak 2001.

“Dikatakan ianya perkara tahunan, bagi saya terpulang kepada mereka lah yang dalam bidang mereka itu untuk menilai samada ia merupakan satu isu besar atau sebaliknya.

“Tetapi bagi beberapa peguam-peguam yang saya bertanya mereka kata itu memang annual event when they have the gala annual dinner dan pasal kita pun nak AG ni pun jangan lah nampak garang sangat sampai lawyer semua takut, so ada lah relationship sedikit, ice breaking sedikit dan sebagainya lah.

“So perkara ni saya serah kepada pihak yang berkenaan lah, bagi saya personally not issue lah, bukan mereka berpeluk-peluk,” katanya.

Khalid ditemui media selepas merasmikan larian “OKU Sahabatku Fun Run 2.0” 2019 di dataran DBKL pagi ini. -SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.