Chef Wan Teringin Nak Tampar Najib, Isa Samad

Cef terkenal negara, Chef Wan atau nama sebenar nya Redzuawan Ismail menyatakan rasa kecewanya kepada BN, khususnya kepada bekas presiden parti itu yag juga mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Memeti laporan Malaysiakini, Chef Wan mahu menampar Najib dan bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad kerana mengheret Felda ke kancah kemelut kewangan dihadapi agensi kemajuan tanah yang memberi kesan kepada kehidupan peneroka pada masa kini.

Selaku anak peneroka Felda, Chef Wan berkata Najib menghamburkan semua “gula-gula” kepada peneroka tetapi pada masa sama membenarkan salah tadbir membelenggu agensi persekutuan itu.

“Sebelum pilihan raya lalu mak saya dapat RM5,000 dan anak-anak Felda dapat RM5,000.

“Mak saya kata, kerajaan bagi RM5,000 (tapi) saya cakap pada dia, saya tak nak ambil duit tu. Itu duit rasuah,” katanya kepada media.

Terdahulu cef selebriti itu hadir untuk berkempen dan mengadakan demonstrasi memasak di petempatan Felda berkenaan.

Turut hadir Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali dan calon PH, M Manogaran.

Untuk rekod Jelai adalah salah satu kawasan yang terletak di bawah kawasan parlimen Cameron Highlands dan menjadi salah satu kubu kuat BN.

Wakil rakyat bagi Jelai ialah Wan Rosdy Wan Ismail yang juga menteri besar Pahang.

Kata Chef Wan pemberian wang berkenaan tidak bermakna jika pada waktu yang lain kerajaan BN ‘merompak’ agensi terbabit sehingga bankrap.

“Macam mana kamu (Najib) boleh biarkan Felda disalah urus begitu? Come on!

“Kamu letak Isa Samad (bekas pengerusi Felda) di situ dengan tahu ada bermacam hal dia buat sebelumnya.

“Kalau dia (Isa) ada di sini I tampar muka dia,” katanya.

Tidak puas dengan kenyataan itu Chef Wan juga menyatakan dia mahu menampar Najib.

I tampar muka Najib tu, kurang ajar!” katanya.

Kata personaliti yang lantang mengkritik BN pada zaman pemerintahan parti itu dan sehingga kini, itu dia tidak peduli apa pun dengan tindakannya kerana terlalu marah dengan cara kerajaan terdahulu menguruskan wang rakyat.

“Aku peduli apa, itu duit cukai (rakyat) yang letak di situ, kamu beritahu dia benda tu,” katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.