Wanita, Bayi Sempat Elak Pokok Tumbang

Seorang wanita dan bayinya sempat mengelak pokok tumbang dipukul angin menggila di satu daerah di Belanda.

Kamera litar tertutup (CCTV), merakamkan pokok yang tumbang ke tanah di kampung Horst itu.

Difahamkan, menerusi rakaman CCTV itu, wanita berkenaan tidak menyedari pokok itu hampir tumbang ketika dia berlalu dengan bayinya.

Pokok itu kemudiannya tumbang di sebelahnya.

Terdahulu, ribut berlaku di daerah itu dengan kelajuan angin sebanyak 90 batu sejam sehingga menjejaskan banyak kawasan utara Eropah.

Dua kematian dilaporkan di tempat lain di Belanda, juga disebabkan pokok-pokok yang tumbang.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.