Video: Pesawat Tergelincir Hampir Masuk Laut

Sebuah pesawat penumpang tergelincir dari landasan hanya beberapa meter sahaja daripada laut ketika mendarat di sebuah lapangan terbang di utara Turki.

Penerbangan Pegasus Airlines telah berlepas dari ibu kota Ankara dan mendarat di Trabzon, tetapi tersasar dari landasan di lapangan terbang itu.

Difahamkan, tiada siapa yang cedera atau terbunuh dalam pendaratan.

Pesawat penumpang Pegasus Airlines Boeing 737 itu dilihat terkena lumpur di sebuah tambak, selepas mendarat di lapangan terbang Trabzon di Laut Hitam isnin lalu.

Pesawat itu terdampar di lapangan terbang Trabzon di Laut Hitam.

Gambar dramatik dari CNN Turk broadcaster menunjukkan pesawat itu secara berbahaya menuju tebing dan beberapa meter dari Laut Hitam. Dimana rodanya telah terperangkap di dalam lumpur.

Pegasus Airlines mengesahkan dalam satu kenyataan pada hari Ahad, tidak ada kecederaan di kalangan 162 penumpang di atas kapal serta dua juruterbang dan empat anak kapal, selepas mereka dipindahkan.

Penyebab kejadian itu tidak diketahui namun siasatan sedang dijalankan, kata pejabat Gabenor Trabzon.

Salah seorang penumpang, Fatma Gordu berkata, pendaratan itu mula mencetuskan panik di kalangan penumpang.

“Kami condong ke sisi, bahagian depan, turun manakala belakang pesawat itu naik. Terdapat panik; orang ramai menjerit-menjerit, “katanya kepada agensi berita Anadolu.- SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.